Friday 25 March 2016

PEMEGANG SANAD KE 28 BACAAN QIRAAT 10


SYEIKH REDHO BIN ALI BIN DARWISY BIN ALI AL 'ULWANI

Beliau lahir di Qaherah, Mesir Al Qadimah pada tahun 1962. Beliau mula menghafaz Al Quran dengan Syeikh Hasan Ahmad Al Asyuthi di Masjid As Syafaqoh Syari' Abi Saifin di Mesir Al Qadimah. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Maahad Qiraat Shoubra dan berguru dengan semua masyaikh di sana. Setelah dewasa, beliau banyak mengambil ilmu dari pelbagai ulama' khususnya dari Syria dan Saudi. beliau berhasil mendapat banyak ijazah-ijazah di dalam Qiraat. Beliau mendapat ijazah di dalam qiraat 10 sughro dan kubro dengan beberapa  Masyaikh Qurro yang mempunyai sanad tertinggi di dunia. Antaranya, Syeikh Misbah ibrahim Wadden, Syeikh Bakri At Turobhsy, Syeikh Jauhary dan Syeikh Ahmad Othman. Beliau juga mempunyai sanad-sanad di dalam Matan-matan tajweed dan qiraat termasuk Qiraat Syazah. Beliau menghasilkan beberapa penulisan , antaranya Muyassar ( Kitab cara bacaan Qiraat 10  Sughro, syatibi dan Durrah ) sebanyak 10 jilid. Kemudian, kitab Fathur Rahman  Hafs bin Sulaiman (menghuraikan Thuruq Hafs dan Syarah kitab Sorihul nas), Kitab Al Wafi riwayat Shukbah Al Kufi, Kitab Al Mughni riwayat Qolun dan kitab Qiraat Hamzah Az Zayat. Beliau sekarang masih terus berkhidmat mendidik pelajar khususnya di dalam bidang Qiraat.




(Syeikh Redho) 


(kenangan berada di rumah Syeikh Redho di darus Salam, Qaherah Mesir)




No comments:

Post a Comment